Hadist Tentang tentang Syahadat

Posted: 21 Mei 2012 in Hadist Arbain, Kajian Hadist, Materi
Tag:, ,

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى ا للهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَ ا
أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري ومسلم

Dar lbnu ‘Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka menjadi saksi bahwa sesungguhnya
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka
mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka
telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab
perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta’ala.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Wajibnya perang – difardhukan – tolak tipu daya musuh – naikkan bendera Islam.
2) Terpelihara darah dan harta :
Pokok Perbincangan
i) orang yang mengucap dua kalimah syahadah.
ii) orang yang mendirikan solat fardhu.
iii) orang yang membayar zakat.
iv) orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.
3) Perjalanan Hukum – hanya pada zahir – batin serah pada Allah.
Pengajaran hadis:
Risalah atau misi kedatangan Rasulullah SAW halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan.
ialah menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Sebarang
Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar
risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai,
mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.
lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin
muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar
zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

About these ads

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s